|
NAMA : NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH NO MATRIK : DPH201924360 KELAS : DPIH 4A |
PANGGIL BALIK PRODUK (PRODUK RECALL)
- APA ITU PANGGIL BALIK PRODUK ?
Panggil balik produk ialah proses yang diambil oleh pengilang, pengimport dan pemborong untuk mengeluarkan atau menarik balik bahan atau produk atau kosmetik tertentu bergantung kepada tahap dan peringkat. Pengeluaran dari pasaran atau penarikan balik mungkin disebabkan terdapat kecacatan kualiti yang kritikal atau laporan kesan advers ubat/kosmetik yang serius yang mungkin menyebabkan risiko kesihatan kepada pengguna bahan atau produk atau kosmetik. Penarikan balik produk,makanan ataukosmetik boleh berlaku kerana laporan atau aduan daripada pengeluar, pemborong, peruncit, kerajaan dan pengguna.
- TAHAP DAN PERINGKAT PANGGIL BALIK
TAHAP PANGGIL BALIK
Tahap I
Bahan atau produk dengan risiko kesihatan dan halal yang mungkin hadir seperti pengesanan bahan yang tidak halal dalam produk, pemprosesan dan pembungkusan yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Hendaklah berada dibawah embargo dalam tempoh 24 jam.
Tahap II
Bahan atau produk dengan risiko kesihatan minor atau substandard. Hendaklah berada di bawah embargo dalam masa 72 jam.
Tahap III
Bahan atau produk atau kosmetik dengan sebab lain untuk dipanggil balik. Hendaklah berada di bawah embargo dalam tempoh 30 hari atau seperti yang dinyatakan.
PERINGKAT PANGGIL BALIK
Peringkat panggil balik bergantung pada jenis masalah, takat pengedaran dan tahap bahaya yang terlibat bagi bahan atau produk atau kosmetik tersebut.
Peringkat A:
Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)
Peringkat B:
Melibatkan semua tempat jualan (contohnya kedai runcit,pasar, restoran, )
Peringkat C:
Melibatkan semua pengedar (pemborong)
SIAPA PENGURUSAN PANGGIL BALIK ?
Dua orang yang bertanggungjawab bagi aktiviti panggil balik hendaklah dilantik. Sebaik sahaja keputusan dibuat, kakitangan yang bertanggungjawab yang dilantik hendaklah memulakan dan menjalankan panggil balik bagi bahan atau produk atau makanan atau kosmetik serta mengambil tindakan susulan berhubung apa-apa perkara yang berbangkit daripada panggil balik tersebut. Rekod pengedaran hendaklah disimpan dan sentiasa tersedia kepada orang yang bertanggungjawab terhadap panggil balik.Rekod tersebut juga hendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi tentang pemborong dan pelanggan yang dibekalkan secara terus. Butiran yang diperlukan untuk orang bertanggungjawab adalah seperti yang berikut:
PEMBERITAHUAN TENTANG PANGGIL BALIK
Pemberitahuan tentang panggil balik perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat. Pemberitahuan tentang panggil balik hendaklah merangkumi:
Nama bahan atau produk atau kosmetik, kekuatan (jika berkenaan) dan saiz pek
Nombor kelompok (No.batch)
Jenis kecacatan
Tindakan yang akan diambil
Kesegeraan tindakan tersebut (dengan sebab, petanda kepada risiko kesihatan, sebagaimana yang sesuai)
PEMBERITAHUAN DAN PENYEBARAN NOTIS PANGGIL BALIK PRODUK
Peringkat A: Kepada pengguna (pengguna akhir)
Peringkat panggil balik ini dijalankan apabila perlu sebagai usaha untuk menghentikan semua penggunaan bahan dan/atau produk dan/atau kosmetik dan untuk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir.
Apabila telah pasti terdapatnya bahaya, orang ramai diberi peringatan melalui siaran media seperti radio, televisyen dan akhbar yang bertujuan untuk memberi amaran dengan segera.
Peringkat B: Kepada semua tempat jualan
Semua pemborong akan dikenal pasti dan dikehendaki untuk menyediakan senarai semua tempat jualan. Tempat jualan ini boleh didapati melalui rekod pengedaran.
Notis panggil balik akan dihantar kepada semua tempat jualan. Pada masa yang sama, wakil dari syarikat akan dihantar ke tempat jualan untuk mendapatkan kembali stok tersebut.
Peringkat C: Kepada pemborong dan stokis
Pengguna tidak terdedah kepada apa-apa risiko daripada penggunaan bahan atau produk atau kosmetik tersebut.
Pemborong dan stokis akan dihubungi oleh wakil syarikat supaya perancangan boleh dibuat untuk mengambil kembali semua stok yang berkenaan daripada pemborong dan stokis.
KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY)
- APA ITU KEBOLEHKESAN (TRACEABILITY)?
Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan yang boleh diambil untuk menarik balik semua produk yang disyaki. Kebolehkesanan harus bermakna bahawa pergerakan dapat dikesan satu langkah ke belakang dan satu langkah ke hadapan pada bila-bila rantaian bekalan. .
Sebagai pengusaha sesuatu produk makanan atau kosmetik, sistem kebolehkesanan amat penting dalam menghadapi risiko bahaya yang berpunca daripada makanan dan penggunaan demi untuk keselamatan pengguna.
- APAKAH KEPENTINGAN SISTEM KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY) ?
- Mengenalpasti risiko dan punca masalah serta dapat mengesan kebelakang kepada punca untuk mengasingkan masalah.
- Menghalang produk yang tercemar daripada sampai kepada pengguna.
- Mengurangkan impak buruk kepada perniagaan dengan membolehkan penarikan balik pada makanan yang terlibat sahaja.
- Pengguna akan mendapat maklumat yang tepat bagi produk yang bermasalah dan mengurangkan kerugian yang bakal ditanggung.
- APAKAH PROSEDUR SISTEM KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY)?
Penentuan Tanda Produk
Semua produk akhir / separa akhir perlu mempunyai no.batch/ no.lot/ sebarang penandaan seperti tarikh luput/ tarikh pengeluaran/ tarikh akhir produk dan lain-lain yang ditentukan sendiri oleh pengusaha.
Kaedah Penentuan Tanda Produk
Semua produk akan dilabelkan mengikut keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985:
I. Nama dan alamat syarikat
II. Nama produk
III. Kuantiti / berat/ saiz pek
IV. No.batch/ lot
V. Tarikh pengeluaran
VI. Tarikh luput
Maklumat Pengedar/ Penjual
I. Nama dan alamat
II. Kuantiti produk yang diambil
III. No.batch/ lot
IV. Tarikh diambil
V. Kaedah pengangkutan yang digunakan
Maklumat Pembekal Bahan Mentah
I. Nama dan alamat
II. Kuantiti produk yang diambil
III. No.batch/ lot
IV. Tarikh diambil
V. Kaedah pengangkutan yang digunakan
Maklumat Kawalan Proses
a. Parameter proses yang dikawal
b. Carta alir proses
Maklumat Pengedaran / Penyimpanan
a. Keadaan penyimpanan
b. Tahap kebersihan
- APAKAH BUKTI YANG PERLU SYARIKAT SEDIAKAN PADA SETIAP PERINGKAT JIKA BERLAKU SESUATU MASALAH PADA PRODUK YANG DIHASILKAN?
- VERIFIKASI KEBOLEHKESANAN
Pegawai bertanggungjawab akan menjalankan verifikasi ke atas Sistem Kebolehkesanan Makanan (SKM) sekurang-kurangnya setahun sekali dengan menjalankan tindakan pra-ujian atau mock test ke atas sistem bagi memastikan SKM berjalan dengan sempurna.
- Rekod Maklumat Pengedar
- Rekod Maklumat Penjual
- Senarai Semak Punca Masalah Di Kilang
- Rekod Maklumat Pembekal Bahan Mentah
Pengusaha produk makanan atau kosmetik perlu memastikan yang perkara-perkara dalam senarai semak bagi tindakan 1 hingga 4 boleh diisi iaitu ada maklumat di kilang. Sekiranya terdapat kekurangan maklumat atau tiada maklumat yang diperlukan, pengusaha makanan atau kosmetik perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dan bagi memastikan sistem kebolehkesanan dilaksanakan, pengusaha makanan perlu menyediakan dokumentasi yang lebih sistematik.
Jika telah berpuas hati dengan semua kriteria dalam aliran proses, manual Sistem Jaminan Halal kini bersedia untuk diluluskan dan digunakan dalam organisasi. Pemantauan berkala serta penilaian oleh pihak pengurusan adalah penting untuk menjamin keutuhan sistem SJH sedang dilaksanakan.