Saturday, 23 January 2021

KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT 9 SKIM

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 

 

 


NAMA: NURUL ILYA IZANI BINTI MOHD ZAIDI
KELAS: DPIH 4B
NO METRIK: DPH201924448

 

 


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



YA ALLAH,
SEMOGA SAYA SERTA RAKAN SEPERJUNGAN SAYA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA SEPERTI MANA ENGKAU LIMPAHKAN REZEKI MU YANG MELIMPAH RUAH
.






 



MHMS 2020  ini mengandungi perincian bagi pelaksanaan MHMS yang meliputi:


i.          Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi kegunaan industri besar dan sederhana.

ii.        Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro.

Pelaksanaan MHMS ini meletakkan tanggungjawab kepada pihak syarikat dan/ atau pemohonan untuk memastikan segala keperluan Pengsijilan Halal Malaysia dipatuhi sepanjang masa.


  • HAS?
Halal Assurance System/ Sistem Jaminan Halal yang  menguruskan Industri Besar dan Industri Sederhana yang bertujuan mekanisma kawalan  dalam syarikat untuk mengawal, memperbaiki, mengelakkan dan mengenalpasti ketidakakuran yang muncul dalam menghasilkan produk halal. Bagi Objektif HAS adalah untuk menentukan langkah pencegahan dan tindakan pembetulan untuk meminimumkan, memerhatikan dan mengawal kemungkinan ketidakpatuhan yang akan memberi kesan kepada status halal produk atau perkihdmatan.

  • JIKA DITANYA HAK HAS INI UNTUK SIAPA MAKA INI JAWAPANYA 




Semua permohonan baru bagi kategori besar dan sederhana diwajibkan mempunyai HAS dalam syarikat sebelum menghantar permohonan pensijilan halal

IHCS

(Internal Halal Control System / Sistem Kawalan Halal Dalaman) yang menguruskan Industri Kecil dan Industri Mikro yang dimana bertanggungjawab atas kawalan bahan mentah dan kawalan risiko halal serta kebolehkesanan iaitu (Tracebility)

TAFSIRAN 

Sistem Kawalan Halal Dalaman/ Internal Halal Control System (IHCS)

 Prosedur kawalan halal dalaman bagi sesebuah organisasi/ syarikat yang terdiri daripada polisi halal, prosedur kawalan bahan mentah atau prosedur kawalan risiko halal dan prosedur kebolehkesanan (traceability) sebagai langkah kawalan minima untuk mengekalkan jaminan halal.

Kawalan Risiko Halal 

Kaedah penentuan HCP dan pelan pengurusan risiko halal yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh syarikat dan/ atau pemohon bagi mengawal dan memastikan risiko halal dapat dielak dan diuruskan dengan berkesan di sepanjang rantaian bekalan halal.

Kebolehkesanan (Traceability)

 Keupayaan mengenal pasti dan mengesan bahan mentah dan produk melalui setiap peringkat secara menyeluruh merangkumi penerimaan, pemprosesan, penyimpanan, pengedaran dan lain-lain di sepanjang rantaian bekalan halal.

KEPERLUAN UMUM SISTEM JAMINAN HALAL MALAYSIA/ HALAL ASSURANCE SYSTEM (HAS)

Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah membangunkan dan mematuhi keperluan umum HAS berikut:









(1) Manual HAS

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mematuhi dan melaksanakan Manual HAS yang dibangunkan. Pembangunan Manual HAS hendaklah bertepatan dengan pelaksanaan sebenar operasi pihak syarikat;

 (b) Manual HAS hendaklah dibangun dan didokumenkan secara berasingan daripada lain-lain sistem pengurusan dan pensijilan; 

(c) Manual HAS hendaklah sentiasa dikemaskini sekiranya berlaku perubahan terhadap pelaksanaan HAS di peringkat syarikat;

 (d) Manual HAS hendaklah mengandungi sekurang-sekurangnya:

 (i) profil syarikat; 

(ii) objektif dan skop;

 (iii) polisi halal; 

(iv) jawatankuasa halal dalaman; dan

 (v) prosedur (SOP):

  •  a. audit halal dalaman;
  •  b. kawalan risiko halal;
  •  c. kawalan bahan mentah;
  •  d. latihan halal; e. kebolehkesanan (traceability); 
  •  f. semakan HAS (HAS review); 
  •  g. analisis makmal; dan
  •  h. sertu

(e) Pembangunan, penilaian dan semakan terhadap Manual HAS hendaklah mematuhi dan memenuhi keperluan MHMS 2020, Malaysian Standard, MPPHM, fatwa, undang-undang dan peraturan, pekeliling Pensijilan Halal Malaysia dan lain-lain dokumen rujukan berkaitan Pensijilan Halal Malaysia;

 (f) Manual HAS hendaklah diluluskan/ diperakukan oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat; dan

(g) Setiap prosedur dalam Manual HAS hendaklah menyatakan maklumat berikut:
 (i) tarikh berkuat kuasa;
 (ii) tarikh kemaskini; 
(iii) disediakan oleh; dan 
(iv) disahkan oleh





2) Polisi Halal

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah membangunkan polisi halal yang jelas dan menerangkan komitmen terhadap penyediaan produk dan/ atau perkhidmatan halal serta pematuhan syarikat terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia secara menyeluruh; (Rujuk Lampiran A) dan 

(b) Polisi Halal perlu dipamerkan dan dibuat pemakluman serta disebar luas kepada organisasi dan pihak berkepentingan.



(3) Eksekutif Halal

(a) Bagi maksud keperluan Pensijilan Halal Malaysia, Eksekutif halal hendaklah memenuhi keperluan berikut: 

(i) beragama Islam;
 (ii) Warganegara Malaysia (tertakluk kepada MPPHM yang berkaitan);
 (iii) berjawatan tetap; 
(iv) berkelulusan minima Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurangkurangnya lima (5) tahun; dan 
(v) memiliki sijil Eksekutif Halal dari Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB.

 (b) Hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi dari kalangan kakitangan berjawatan tetap dan bertugas dalam syarikat; 

(c) Hendaklah melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam pengurusan halal syarikat;

(d) Eksekutif Halal merupakan jawatan khusus yang perlu diwujudkan oleh pihak syarikat dengan keutamaan dan tugas hakiki berkaitan skop pengurusan halal; (Rujuk Lampiran B) 

(e) Lantikan dan tugasan luar daripada skop pengurusan halal hendaklah tidak menjejaskan tugas hakiki Eksekutif Halal; dan

 (f) Sekiranya perlu, Eksekutif Halal boleh dilantik sebagai Pengerusi JKHD.




(4) Jawatankuasa Halal Dalaman (JKHD)

(a) Pengurusan tertinggi syarikat hendaklah membuat lantikan secara rasmi, bertulis berserta deskripsi tugas kepada setiap ahli JKHD yang dilantik dan mewujudkan carta organisasi; 

(b) Pengurusan tertinggi syarikat hendaklah menyediakan sumber manusia yang mencukupi dengan beban tugas yang bersesuaian bagi memastikan perancangan, pelaksanaan dan penilaian berterusan terhadap HAS dan pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia; 

(c) Pengerusi dan ahli JKHD hendaklah daripada kalangan kakitangan yang berjawatan tetap dan bertugas dalam syarikat;

 (d) Pengerusi JKHD hendaklah berjawatan lebih tinggi atau setara dengan Eksekutif Halal dan kompeten berkaitan aspek Pensijilan Halal Malaysia;

 (e) Pengerusi JKHD hendaklah diberi keutamaan kepada Muslim; 

(f) Keahlian JKHD hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya empat (4) orang ahli iaitu: (i) pengerusi;
(ii) Eksekutif Halal; 
(iii) wakil bahagian/ unit pembelian dan/ atau perolehan; dan
(iv) wakil bahagian pemprosesan.

(g) Keahlian tambahan JKHD hendaklah dilantik berdasarkan keperluan khusus MHMS 2020; (jika berkaitan).

(h) Mewujudkan JKHD bagi setiap cawangan sekiranya mempunyai pengurusan operasi yang berbeza; 

(i) Hendaklah bertanggungjawab terhadap pengurusan halal dan HAS syarikat; 

(j) JKHD yang dilantik hendaklah berpengetahuan dan kompeten berkaitan keperluan Pensijilan Halal Malaysia; (k) Peranan/ tanggungjawab dan terma rujukan JKHD hendaklah dinyatakan secara jelas di dalam Manual HAS syarikat; (Rujuk Lampiran C1 & C2)

 (l) Mesyuarat JKHD hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan mempunyai agenda perbincangan berkaitan halal;

 (m) JKHD hendaklah berkuasa dalam membuat keputusan berkaitan pengurusan halal syarikat; dan 

(n) Rekod berkaitan JKHD hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.



(5) Audit Halal Dalaman

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur bagi pelaksanaan audit halal dalaman syarikat; (Rujuk Lampiran D)

 (b) Audit halal dalaman hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun pada setiap cawangan/ rangkaian premis;

 (c) Juruaudit halal dalaman hendaklah mempunyai Sijil Internal Halal Auditing/ Sijil Eksekutif Halal daripada PLH yang berdaftar di bawah HPB; 

(d) Juruaudit halal dalaman hendaklah dilantik secara rasmi oleh JKHD; 

(e) Audit halal dalaman hendaklah merangkumi aspek pematuhan terhadap prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan HCP; (Rujuk Lampiran E)

f) Penemuan ketidakakuran pada audit halal dalaman dan tindakan pembetulan hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera dan disahkan oleh JKHD;

 (g) Laporan penemuan audit beserta senarai semak audit halal dalaman hendaklah direkod dan dibentangkan kepada JKHD; 

(h) Keberkesanan dan kekerapan audit halal dalaman hendaklah dinilai oleh JKHD bagi memastikan ketidakakuran terhadap pematuhan prosedur Pensijilan Halal Malaysia tidak berulang;

 (i) Sekiranya perlu, pihak syarikat boleh melantik mana-mana pihak ketiga bagi melaksanakan audit halal dalaman bagi pihak syarikat; 

(j) Juruaudit halal dalaman daripada pihak ketiga hendaklah mempunyai Sijil Internal Halal Auditing daripada PLH yang berdaftar di bawah HPB;

 (k) Pelaksanaan audit tambahan seperti audit pembekal dan lain-lain audit hendaklah dilaksanakan oleh pihak syarikat sekiranya terdapat keperluan dan kepentingan terhadap pematuhan prosedur Pensijilan Halal Malaysia; dan 

(l) Rekod berkaitan audit halal dalaman hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan



(6) Kawalan Risiko Halal

 (a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur secara bertulis bagi pelaksanaan kawalan risiko halal. Prosedur hendaklah merangkumi:
 (i) research and development (R&D);
 (ii) produk, menu dan perkhidmatan; 
(iii) pemprosesan;
 (iv) premis dan peralatan; 
(v) pekerja; 
(vi) pembungkusan; 
(vii) penyimpanan; dan
 (viii) pengangkutan.

(b) Kawalan risiko halal hendaklah dibangunkan khusus bagi penentuan risiko berkaitan halal dan diasingkan daripada sistem pensijilan lain seperti HACCP/ GMP/ MeSTI/ BeSS/ VHM dan lain-lain; 

(c) Perkhidmatan logistik yang memiliki SPHM hendaklah diberi keutamaan bagi memastikan rantaian bekalan halal terjamin; dan 

(d) Rekod berkaitan kawalan risiko halal hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan

   (6.1) Penentuan Halal Control Point (HCP) 

(a) Penentuan HCP hendaklah berdasarkan:

 (i) aliran pemprosesan; (Rujuk Lampiran F1, F2, F3 & F4) dan 

(ii) pelan lantai. (Rujuk Lampiran G) 

(b) Pembangunan carta alir pemprosesan/ perkhidmatan hendaklah menerangkan HCP sesuatu penghasilan produk/ perkhidmatan dengan jelas. 

(6.2) Pelan Pengurusan Risiko Halal 

(a) Hendaklah dibangunkan berdasarkan penentuan HCP yang telah dikenal pasti; dan

 (b) Hendaklah mengandungi maklumat berikut: (Rujuk Lampiran H) 

(i) HCP;
(ii) risiko halal; 
(iii) mekanisme kawalan (kaedah, kekerapan, siapa);
(iv) tindakan pembetulan; dan 
(v) rekod.



 7) Kawalan Bahan Mentah

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur secara bertulis bagi kawalan bahan mentah dan/ atau barang dagangan yang merangkumi proses pembelian,penerimaan dan penyimpanan serta mempunyai rekod dan dapat disemak; (Rujuk Lampiran I) 

(b) Prosedur kawalan bahan mentah yang dibangunkan hendaklah memastikan: 

(i) tiada penggunaan dan/ atau penyimpanan bahan mentah yang diragui status halal;
(ii) penggunaan dan perubahan bahan mentah hendaklah diisytihar kepada pihak berkuasa berwibawa; dan 
(iii) penggunaan bahan mentah hendaklah mematuhi perundangan dan peraturan yang berkaitan. 

(c) Hendaklah mewujudkan Senarai Utama Bahan Mentah (Raw Material Masterlist) yang boleh dirujuk/ disemak sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia;

(d) Senarai Utama Bahan Mentah hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya maklumat berikut: (Rujuk Lampiran J) 

(i) nama bahan mentah;
(ii) nama saintifik/ coding/ trade name; 
(iii) sumber bahan mentah; 
(iv) nama dan alamat pengeluar bahan mentah;
 (v) maklumat status pengisytiharan bahan mentah kepada pihak berkuasa berwibawa; 
(vi) maklumat sijil halal bahan mentah: a. badan pensijilan halal b. tarikh tamat tempoh sijil halal 
(vii) dokumen sokongan (bahan mentah yang tidak mempunyai sijil halal hendaklah dinyatakan maklumat sumber bahan mentah beserta dokumen sokongan pembuktian sumber bahan mentah); dan (viii) catatan.

 (e) Senarai Utama Bahan Mentah hendaklah merangkumi kesemua bahan mentah termasuklah bahan bantuan pemprosesan (processing aids) yang digunakan dan sentiasa dikemaskini sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat bahan mentah; 

(f) Senarai Utama Bahan Mentah dalam bentuk digital/ cetakan hendaklah mudah diakses dan boleh disemak; dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia

(g) Rekod berkaitan kawalan bahan mentah hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.

 


 



(8) Latihan Halal

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur secara bertulis bagi pelaksanaan latihan halal yang merangkumi kesedaran halal dan kompetensi halal; 

(b) Latihan kesedaran halal hendaklah dikendalikan oleh individu atau organisasi yang berdaftar di bawah HPB;

(c) Latihan kesedaran halal hendaklah diberikan kepada pekerja baharu dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lantikan dan hendaklah merangkumi skop berkaitan konsep halal dan prosedur Pensijilan Halal Malaysia; 

(d) Latihan kesedaran halal hendaklah dilaksanakan sekurangkurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua pekerja yang terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan/ atau perkhidmatan; 

(e) Penilaian terhadap latihan kesedaran halal hendaklah dijalankan bagi menilai tahap pemahaman dan keberkesanannya; 

(f) Latihan kompetensi halal kepada JKHD hendaklah dilaksanakan oleh PLH yang berdaftar di bawah HPB dan/ atau pihak berkuasa berwibawa; 

(g) Ahli JKHD hendaklah diberikan latihan kompetensi halal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali bagi pemahaman terhadap keperluan Pensijilan Halal Malaysia yang tidak terhad kepada skop berikut: 

(i) pemahaman syariah dan fatwa; 
(ii) Malaysian Standard; 
(iii) MPPHM; 
(iv) MHMS; 
(v) perundangan berkaitan halal; dan 
(vi) ramuan kritikal. (jika berkaitan) 

(h) Pengurusan tertinggi syarikat hendaklah menyediakan dana kewangan yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan halal;

(i) Mewujudkan Pelan Operasi Latihan (POL) yang mengandungi maklumat berikut: (Rujuk Lampiran K) 

(i) jenis latihan; 
(ii) peserta;
(iii) kekerapan; 
(iv) tarikh cadangan; 
(v) tenaga pengajar; dan 
(vi) rekod.
 (j) Pihak syarikat adalah digalakkan untuk mewujudkan program penerangan/ taklimat halal kepada semua kakitangan dan pekerja di setiap peringkat dalam syarikat atau pihak ketiga yang berkaitan seperti pemilik jenama, pembekal, penyedia pengangkutan, pelawat dan lain-lain yang difikirkan perlu secara berterusan atau mengikut keperluan; dan 

(k) Rekod berkaitan latihan halal hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.



(9) Kebolehkesanan (Traceability) 

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur kebolehkesanan (traceability) secara bertulis bagi memastikan penarikan balik dan/ atau panggilan balik produk (product withdrawal/ recall) dapat dilakukan sekiranya berlaku sebarang ketidakakuran halal/ pencemaran terhadap produk yang telah dihasilkan; (Rujuk Lampiran L1, L2 & L3) 

(b) Sistem kebolehkesanan (traceability) boleh digabungkan dengan lain-lain sistem pengesanan;

 (c) Mock recall hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali bagi syarikat dan/ atau pemohon yang disyaratkan melaksanakan HAS; dan 

(d) Rekod berkaitan kebolehkesanan (traceability) dan penarikan balik dan/ atau panggilan balik produk (product withdrawal/ recall) hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.




(10) Semakan HAS (HAS Review)

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur semakan HAS; 

(b) Semakan HAS (HAS Review) hendaklah merangkumi: 

(i) keberkesanan HAS yang dibangunkan; dan 
(ii) keupayaan dan keberkesanan Ahli JKHD yang dilantik. 

(c) Hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh JKHD dan melibatkan pengurusan tertinggi syarikat;

 (d) Hendaklah disah dan diperakukan secara bertulis oleh pengurusan tertinggi syarikat; dan

 (e) Rekod berkaitan Semakan HAS (HAS Review) hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk semasa pemeriksaaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.



(11) Analisis Makmal

 (a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur secara bertulis berkaitan pelaksanaan analisis makmal di peringkat syarikat; (jika berkaitan) 

(b) Analisis makmal perlu mengutamakan produk yang mengandungi bahan kritikal halal; 

(c) Hendaklah dijalankan di makmal-makmal berikut: 

(i) Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC); 
(ii) Jabatan Kimia Malaysia; atau (iii) Makmal-makmal Panel Halal yang dilantik. Senarai makmal panel halal JAKIM boleh dirujuk di portal Halal Malaysia www.halal.gov.my

(d) Analisis halal boleh merangkumi skop seperti berikut: 

(i) penspesisan daging (DNA); 
(ii) kandungan alkohol; 
(iii) fizikal (kulit dan bulu); 
(iv) protein (profiling dan penentuan sumber); 
(v) lemak dan minyak (profiling dan penentuan sumber); atau 
(vi) Skop analisis lain yang ditentukan pihak berkuasa berwibawa 

(e) Rekod berkaitan analisis makmal hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.



(12) Sertu 

(a) Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur pelaksanaan sertu secara bertulis sebagai persediaan sekiranya berlaku kontaminasi atau ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu; 

(b) Prosedur sertu yang dibangunkan hendaklah selari dengan Garis Panduan Sertu Menurut Perspektif Islam yang diterbitkan oleh JAKIM dan peraturan yang ditetapkan oleh MAIN/ JAIN; dan 

(c) Rekod berkaitan sertu hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.



(13) Dokumentasi dan Rekod 

(a) Hendaklah sentiasa dikemaskini dan direkod dengan sempurna serta mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan; 

(b) Hendaklah disimpan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) tahun; 

(c) Hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) bulan rekod bagi permohonan baharu untuk tujuan pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia; dan 

(d) Dokumen sokongan yang disimpan di dalam fail berasingan hendaklah mempunyai nombor rujukan, direkod dengan baik dan mudah untuk dirujuk. 





KEPERLUAN  UMUM SISTEM KAWALAN HALAL DALAMAN/ INTERNAL HALAL CONTROL SYSTEM (IHCS)

 


Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah membangunkan Manual IHCS dengan mematuhi keperluan berikut:

 (1) Mewujudkan polisi halal; (Rujuk keperluan umum HAS 5 (2)) 

(2) Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan/ atau kawalan risiko halal; (Rujuk keperluan umum HAS 5 (7) dan/ atau 5 (6)) dan 

(3) Membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability). (Rujuk keperluan umum HAS 5 (9))



KEPERLUAN KHUSUS SISTEM JAMINAN HALAL MALAYSIA (HAS) DAN SISTEM KAWALAN HALAL DALAMAN (IHCS) MENGIKUT 9 SKIM


Pihak syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mematuhi dan melaksanakan keperluan khusus HAS dan IHCS bagi skim Pengsijilan Halal Malaysia seperti berikut:

1)



Pelaksanaan MHMS bagi Skim Produk Makanan dan Minuman, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang  Gunaan dan Peranti Perubatan berdasarkan ketegori industri adalah seperti berikut;



a) INDUSTRI BESAR DAN SEDERHANA


Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020.

Syarikat dan/atau pemohon hendaklah:

  1. ·         Melibatkan wakil bahagian R&D sebagai ahli JKHD;
  2. ·         Mewujudkan carta alir bagi setiap aliran pemprosesan produk berbeza dan;
  3. ·         Melantikan Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.



b) INDUSTRI KECIL DAN MIKRO

Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut:

  1. ·         Mewujudkan polisi halal;
  2. ·         Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah ; dan
  3. ·         Membangunkan prosedur kebolehkesanan (trecebility).



PREMIS MAKANAN

Pelaksanaan HAS bagi Skim Premis makanan berdasarkan kategori premis adalah seperti berikut:


Hotel

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/atau pemohonan hendaklah:

  1. ·         Melibatkan F&B Manager dan/atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD; dan
  2. ·         Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.




      Katering/ Khidmat Penyajian Makanan/ Dapur Pusat Konvensyen


 

a) INDUSTRI BESAR DAN SEDERHANA

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:

  •  Melibatkan F&B Manager dan/atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD; dan        
  • Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.



b) INDUSTRI KECIL DAN MIKRO

 Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut:

  1. ·         Mewujudkan polisi halal;
  2. ·         Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah ; dan
  3. ·         Membangunkan prosedur kebolehkesanan (trecebility).

 

c)      

 Kafeteria (Pengurusan Secara Berpusat)

                    

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:

·         Melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan;

·         Menyediakan dokumen HAS sewaktu pemeriksaan; dan

·         Menyediakan Audit Halal Dalaman dilaksanakan ke semua premis dibawah pengurusannya.

 


    Premis Makanan Berangkai

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:

·         Melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan/ dapur berpusat bagi setiap jenama rangkaian yang berbeza;

·         Menbangunkan HAS bagi dapur berpusat dan merangkumi rangkaian premis (jika berkaitan)

·         Melibatkan pengurusan operasi sebagai ahli JKHD;

·         Menyediakan dokumen HAS untuk disemak sewaktu pemeriksaan dapur berpusat dan/ atau premis;

·         Memastikan audit halal dalaman dilaksanakan ke semua rangkain premis; dan

·         Menyediakan senarai premis bawah jenama/ rangkaian milikan yang sama

 

Lain-lain Premis Makanan


Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut:

·         Mewujudkan polisi halal;

·         Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah ; dan

·         Membangunkan prosedur kebolehkesanan (trecebility).


















 


RUMAH SEMBELIHAN

 


 a) INDUSTRI BESAR DAN SEDERHANA

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:

  •        Melibatkan sekurang-kurangnya seorang penyelia dan/ atau penyembelihan sebagai ahli                JKHD; dan
  • ·      Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.

 

 


b) INDUSTRI KECIL

Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut

  •  Mewujudkan polisi halal.
  •  Membangunkan prosedur kawalan kawalan bahan mentah ; dan
  •  Membangunkan prosedur kebolehkesanan (trecebility).



LOGISTIK

 


 a) INDUSTRI BESAR DAN SEDERHANA

Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:

  •          Mewujudkan prosedur kawalan risiko halal yang melibatkan aktiviti tambahan dikawasan penggundangan dan/atau peruncitan( cross docking, pecah pukal, consolidating dan sebagainya;
  •          Mewujudkan prosedur kawalan risiko halal bagi penerimaan atau pemilihan produk dagangan (peruncitan) beserta senarai produk dengan kawalan risiko halal yang lengkap;(jika berkaitan) dan
  • ·         melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.



b) INDUSTRI KECIL DAN MIKRO

Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut:

  •          Mewujudkan polisi halal;
  •          Membangunkan prosedur kawalan risiko halal dan prosedur kawalan halal tambahan bagi keperluan khusus dan
  •         Membangunkan prosedur kebolehkesanan (trecebility).








 


SKIM PENGILANGAN KONTRAK/ OEM


 a) INDUSTRI BESAR DAN SEDERHANA


Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan umum yang terkandung dalam MHMS 2020

  • Syarikat dan/ atau pemohonan hendaklah:
  •  Melibatkan bahagian R&D dan/ atau bahagian penerimaan bahan mentah sebagai ahli JKHD;
  •  Membangunkan prosedur kawalan halal bagi penerimaan pelanggan serta penerimaan bahan mentah pelanggan;
  • Menyediakan senarai pelanggan, senarai bahan mentah dan produk yang dikilangkan; dan
  •  Melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.


 

b) INDUSTRI KECIL DAN MIKRO

 Syarikat dan/atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut:

  •       Mewujudkan polisi halal;
  •       Membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan/atau kawalan risiko halal;
  •         Membangunkan prosedur kawalan halal tambahan bagi keperluan khusus dan
  •          Membangunkan prosedur kebolehkesenan (traceability).

LAMPIRAN

LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF JAKIM,

Kebanyakkan rakyat malaysia keliru akan logo halal walaupun logo halal itu diiktiraf JAKIM, mereka melihat logo halal yang bukan loga halal malaysia terus menjadi keliruan seperti 


" ini bukan logo halal malaysia tidak boleh makan ni, namun menasihati anak-anak supaya memakan makanan yang logo seperti ini saja (LOGO HALAL MALAYSIA) "

 

Tetapi mereka silap kerana kebanyakan negara luar mempunyai logo halal sediri yang sudah disahkan oleh JAKIM sendiri antaranya:


UNITED KINGDOM










AUSTRIA

BELGIUM

BRUNEI

THAILAND

GERMANY

IRELAND

UNITED ARAB EMIRATES (UAE)

INDONESIA

ITALY

JAPAN

KHAZAKHSTAN

KOREA

ARGENTINA

MOROCCO

SINGAPORE

SOUTH AFRICA
TURKEY


KENYA



MALAYSIA PENGHULU SEGALA MAKANAN














2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,saya ingin bertanya, apa maksud dengan salinan dokumen sistem pengurusan jaminan halal? ada sebarang contoh ?

    ReplyDelete

KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

  NAMA: FATIN NURUL HIDAYAH BINTI ISNAINI RAMDZAN NO. MATRIKS: DPH201924522 KELAS: DPIH 4A Pihak syarikat atau pemohon hendaklah mewujudkan ...