NAMA: NURALYAA' BINTI MOHD FARA'I
NO. MATRIKS: DPH201924519
KELAS DPIH 4A
Assalamualaikum, di sini saya akan menerangkan berkenaan perbezaan antara Halal Assurance System (HAS) dan Internal Halal Control Sysetem (IHCS)
Sistem Pengurusan Jaminan Halal /Halal Assurance Management System (HAS) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan pelancaran Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sistem Pengurusan Halal Malaysia/ Malaysian Halal Management System MHMS 2020 ini diperkenalkan bagi menggantikan Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification.
MHMS 2020 ini mengandungi perincian bagi pelaksanaan MHMS yang meliputi:
- Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) bagi kegunaan industri kecil dan mikro
- Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi kegunaan industri besar dan sederhana.
Pelaksanaan MHMS ini meletakkan tanggungjawab kepada pihak syarikat dan/ atau pemohon untuk memastikan segala keperluan Pensijilan Halal Malaysia dipatuhi sepanjang masa.
KEPERLUAN KHUSUS SISTEM JAMINAN HALAL MALAYSIA (HAS) DAN SISTEM KAWALAN HALAL DALAMAN (IHCS) MENGIKUT SKIM
- Industri besar & sederhana
Syarikat atau pemohon perlulah melibatkan wakil Bahagian R&D sebagai ahli JawatanKuasa Halal Dalaman (JKHD), mewujudkan carta alir bagi setiap aliran pemprosesan produk yang berbeza dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
- Industri kecil & mikro
2. PREMIS MAKANAN
- Hotel
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melibatkan F&B Manager dan/ atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
- Katering/ Khidmat Penyajian Makanan/ Dapur Pusat Konvensyen
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melibatkan F&B Manager dan/ atau ketua tukang masak sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
b. industri kecil & mikro
Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan berikut mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).
- Kafeteria (Pengurusan secara berpusat)
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan, menyediakan dokumen HAS sewaktu pemeriksaan dan memastikan Audit Halal Dalaman dilaksanakan ke semua premis di bawah pengurusannya.
- Premis Makanan Berangkai
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung di dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah:-
a) melantik Eksekutif Halal di peringkat pengurusan/ dapur berpusat bagi setiap jenama rangkaian yang berbeza
b) membangunkan HAS bagi dapur berpusat dan merangkumi rangkaian premis (jika berkaitan)
c) melibatkan pengurus operasi sebagai ahli JKHD
d) menyediakan dokumen HAS untuk disemak sewaktu pemeriksaan dapur berpusat dan/ atau premis
e) memastikan audit halal dalaman dilaksanakan ke semua rangkaian premis
f) menyediakan senarai premis bawah jenama/ rangkaian milikan yang sama.
- Lain-lain premis makanan
Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan seperti yang ditetapkan seperti mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).
3. RUMAH SEMBELIHAN
- Industri besar & sederhana
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya seorang penyelia dan/ atau penyembelih sebagai ahli JKHD dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
- Industri kecil & mikro
Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melaksanakan IHCS dengan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan seperti mewujudkan polisi halal membangunkan prosedur kawalan risiko halal dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).
4. LOGISTIK
- Industri besar & sederhana
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur kawalan risiko halal yang melibatkan aktiviti tambahan di kawasan penggudangan dan/ atau peruncitan (cross docking, pecah pukal, consolidating), mewujudkan prosedur kawalan risiko halal bagi kontrak pihak ketiga, membangunkan prosedur kawalan halal bagi penerimaan atau pemilihan produk dagangan (peruncitan) beserta senarai produk dengan kawalan risiko halal yang lengkap dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
- Industri kecil & mikro
Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melaksanakan IHCS dengan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan seperti mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan risiko halal dan prosedur
kawalan halal tambahan bagi keperluan khusus dan mana yang berkaitan serta membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).
5. SKIM PENGILANGAN KONTRAK/ OEM
- Industri besar & sederhana
Melaksanakan keperluan HAS secara menyeluruh dengan memenuhi keperluan yang terkandung dalam MHMS 2020. Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melibatkan bahagian R&D dan/ atau bahagian penerimaan bahan mentah sebagai ahli JKHD, membangunkan prosedur kawalan halal bagi penerimaan pelanggan serta penerimaan bahan mentah pelanggan, menyediakan senarai pelanggan, senarai bahan mentah dan produk yang dikilangkan dan melantik Eksekutif Halal bagi setiap cawangan premis.
- Industri Kecil dan Mikro
Syarikat dan/ atau pemohon hendaklah melaksanakan keperluan IHCS dengan memenuhi keperluan yang telah ditetapkan seperti mewujudkan polisi halal, membangunkan prosedur kawalan bahan mentah dan/ atau kawalan risiko halal, membangunkan prosedur kawalan halal tambahan bagi keperluan khusus dan membangunkan prosedur kebolehkesanan (traceability).
SEKIAN DARIPADA SAYA, TERIMA KASIH 😊
, 👍 nice work
ReplyDelete