Monday, 25 January 2021

KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

 


NAMA: FATIN NURUL HIDAYAH BINTI ISNAINI RAMDZAN
NO. MATRIKS: DPH201924522
KELAS: DPIH 4A

  • Pihak syarikat atau pemohon hendaklah mewujudkan prosedur secara bertulis bagi kawalan bahan mentah atau barangan dagangan yang merangkumi proses pembelian, penerimaan dan penyimpanan serta rekod dan dapat desemak;

 

  • PROSEDUR  KAWALAN BAHAN MENTAH

  • Hendaklah mengwujudkan Senarai Utama Bahan Mentah ( Raw Material Masterlist) yang boleh dirujuk/ disemak sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia.  

 


  • Senarai Utama Bahan Mentah hendaklah merangkumi kesemua bahan mentah bantuan pemprosesan  ( Processing aids) yang digunakan dan sentiasa dikemaskini sekiranya berlaku sebarang perubahan maklumat bahan mentah; 
  •  Senarai Utama Bahan Mentah dalam bentuk digital/ cetakan hendaklah mudah diakses dan boleh disemak ;  
  •  Rekod berkaitan kawalan bahan mentah hendaklah disimpan dan mudah untuk dirujuk sewaktu pemeriksaan Pensijilan Halal Malaysia dijalankan.

 

  • OBJEKTIF 

Bagi memastikan pembelian, penerimaan dan penyimpanan bahan mentah memenuhi keperluan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

  • SKOP
Pekerja yang terlibat dalam urusan pembelian, penerimaan dan penyimpanan bahan mentah.
  • TANGGUNGJAWAB
a) Pembelian: Pegawai Bahagian Pembelian (Purchasing Officer)

b) Penerimaan: Pagawai Bahagian Penerimaan (Receiving Officer)

c) Penyimpanan: Pegawai Bahagian Penyimpanan (Warehousing Officer)

  • KEKERAPAN 

Setiap kali berlaku urusan transaksi. 

 

PROSEDUR PEMBELIAN BAHAN MENTAH 

 


PROSEDUR PENERIMAAN BAHAN MENTAH 

 


PROSEDUR PENYIMPANAN BAHAN MENTAH 



 

  • REKOD 

a) Pembelian Invois/ resit/ DO/ PO

b) Penerimaan: Rekod penerimaan/ Return Notel Disposal Form 

c)  Penyimpanan: Rekod pemyimpanan/ Stock Card/ Return Notel Disposal Form











Perbezaan Halal Assurance System (HAS) dan Internal Halal Control System (IHCS).

 


NAMA: NURALYAA' BINTI MOHD FARA'I 
NO. MATRIKS: DPH201924519
KELAS DPIH 4A 
Assalamualaikum, di sini saya akan menerangkan berkenaan perbezaan antara Halal Assurance System (HAS) dan Internal Halal Control Sysetem (IHCS) 

Saturday, 23 January 2021

KEPERLUAN KHUSUS HAS DAN IHCS MENGIKUT 9 SKIM

SISTEM PENGURUSAN HALAL MALAYSIA 

 

 


NAMA: NURUL ILYA IZANI BINTI MOHD ZAIDI
KELAS: DPIH 4B
NO METRIK: DPH201924448

 

 


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



YA ALLAH,
SEMOGA SAYA SERTA RAKAN SEPERJUNGAN SAYA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA SEPERTI MANA ENGKAU LIMPAHKAN REZEKI MU YANG MELIMPAH RUAH
.






APA ITU KEBOLEHKESANAN PRODUK ( TRACEABILITY) DAN PANGGILAN BALIK PRODUK (PRODUCT RECALL)


NAMA : NURUL NAJWA BINTI ABDULLAH
NO MATRIK : DPH201924360
KELAS : DPIH 4A

PANGGIL BALIK PRODUK (PRODUK RECALL)


  • APA ITU PANGGIL BALIK PRODUK ?
Panggil balik produk ialah proses yang diambil oleh pengilang, pengimport dan pemborong untuk mengeluarkan atau menarik balik bahan atau produk atau kosmetik tertentu bergantung kepada tahap dan peringkat. Pengeluaran dari pasaran atau penarikan balik mungkin disebabkan terdapat kecacatan kualiti yang kritikal atau laporan kesan advers ubat/kosmetik yang serius yang mungkin menyebabkan risiko kesihatan kepada pengguna bahan atau produk atau kosmetik. Penarikan balik produk,makanan ataukosmetik boleh berlaku kerana laporan atau aduan daripada pengeluar, pemborong, peruncit, kerajaan dan pengguna.


  •  TAHAP DAN PERINGKAT PANGGIL BALIK
TAHAP PANGGIL BALIK

Tahap I
Bahan atau produk dengan risiko kesihatan dan halal yang mungkin hadir seperti pengesanan bahan yang tidak halal dalam produk, pemprosesan dan pembungkusan yang boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian. Hendaklah  berada dibawah embargo dalam tempoh 24 jam.

Tahap II
Bahan atau produk dengan risiko kesihatan minor atau substandard. Hendaklah berada di bawah embargo dalam masa 72 jam.

Tahap III
Bahan atau produk atau kosmetik dengan sebab lain untuk dipanggil balik. Hendaklah berada di bawah embargo dalam tempoh 30 hari atau seperti yang dinyatakan. 






PERINGKAT PANGGIL BALIK

Peringkat panggil balik bergantung pada jenis masalah, takat pengedaran dan tahap bahaya yang terlibat bagi bahan atau produk atau kosmetik tersebut.

Peringkat A:

Melibatkan semua pengguna (pengguna akhir)

Peringkat B:

Melibatkan semua tempat jualan (contohnya kedai runcit,pasar, restoran, )

Peringkat C:

Melibatkan semua pengedar (pemborong) 


  •  SIAPA PENGURUSAN PANGGIL BALIK ?

Dua orang yang bertanggungjawab bagi aktiviti panggil balik hendaklah dilantik. Sebaik sahaja keputusan dibuat, kakitangan yang bertanggungjawab yang dilantik hendaklah memulakan dan menjalankan panggil balik bagi bahan atau produk atau makanan atau kosmetik serta mengambil tindakan susulan berhubung apa-apa perkara yang berbangkit daripada panggil balik tersebut. Rekod pengedaran hendaklah disimpan dan sentiasa tersedia kepada orang yang bertanggungjawab terhadap panggil balik.Rekod tersebut juga hendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi tentang pemborong dan pelanggan yang dibekalkan secara terus. Butiran yang diperlukan untuk orang bertanggungjawab adalah seperti yang berikut: 





  •  

    PEMBERITAHUAN TENTANG PANGGIL BALIK
Pemberitahuan tentang panggil balik perlu disampaikan kepada semua pihak yang terlibat. Pemberitahuan tentang panggil balik hendaklah merangkumi:

Nama bahan atau produk atau kosmetik, kekuatan (jika berkenaan) dan saiz pek
Nombor kelompok (No.batch)
Jenis kecacatan
Tindakan yang akan diambil
Kesegeraan tindakan tersebut (dengan sebab, petanda kepada risiko kesihatan,    sebagaimana yang sesuai)


  • PEMBERITAHUAN DAN PENYEBARAN NOTIS  PANGGIL BALIK PRODUK

Peringkat A: Kepada pengguna (pengguna akhir)

Peringkat panggil balik ini dijalankan apabila perlu sebagai usaha untuk menghentikan semua penggunaan bahan dan/atau produk dan/atau kosmetik dan untuk mendapatkan kembali stok yang telah sampai kepada pengguna akhir.

Apabila telah pasti terdapatnya bahaya, orang ramai diberi peringatan melalui siaran media seperti radio, televisyen dan akhbar yang bertujuan untuk memberi amaran dengan segera. 


Peringkat B: Kepada semua tempat jualan

Semua pemborong akan dikenal pasti dan dikehendaki untuk menyediakan senarai semua tempat jualan. Tempat jualan ini boleh didapati melalui rekod pengedaran.

Notis panggil balik akan dihantar kepada semua tempat jualan. Pada masa yang sama, wakil dari syarikat akan dihantar ke tempat jualan untuk mendapatkan kembali stok tersebut. 

Peringkat C: Kepada pemborong dan stokis

Pengguna tidak terdedah kepada apa-apa risiko daripada penggunaan bahan atau produk atau kosmetik tersebut.

Pemborong dan stokis akan dihubungi oleh wakil syarikat supaya perancangan boleh dibuat untuk mengambil kembali semua stok yang berkenaan daripada pemborong dan stokis. 






  KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY)

 


  • APA ITU KEBOLEHKESAN (TRACEABILITY)?

Sistem kebolehkesanan produk diwujudkan agar produk dapat dikesan semula dan dikenal pasti supaya tindakan yang boleh diambil untuk menarik balik semua produk yang disyaki. Kebolehkesanan harus bermakna bahawa pergerakan dapat dikesan satu langkah ke belakang dan satu langkah ke hadapan pada bila-bila rantaian bekalan. .





Sebagai pengusaha sesuatu produk makanan atau kosmetik, sistem kebolehkesanan amat penting dalam menghadapi risiko bahaya yang berpunca daripada makanan dan penggunaan  demi untuk keselamatan pengguna.

  • APAKAH KEPENTINGAN SISTEM KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY) ?

    • Mengenalpasti risiko dan punca masalah serta dapat mengesan kebelakang kepada punca untuk mengasingkan masalah.
    • Menghalang produk yang tercemar daripada sampai kepada pengguna.   
    • Mengurangkan impak buruk kepada perniagaan dengan membolehkan penarikan balik pada makanan yang terlibat sahaja.
    • Pengguna akan mendapat maklumat yang tepat bagi produk yang bermasalah dan mengurangkan kerugian yang bakal ditanggung.


  • APAKAH PROSEDUR SISTEM KEBOLEHKESANAN PRODUK (TRACEABILITY)?


Penentuan Tanda Produk

Semua produk akhir / separa akhir perlu mempunyai no.batch/ no.lot/ sebarang penandaan seperti tarikh luput/ tarikh pengeluaran/ tarikh akhir produk dan lain-lain yang ditentukan sendiri oleh pengusaha.

Kaedah Penentuan Tanda Produk
Semua produk akan dilabelkan mengikut keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985:
I. Nama dan alamat syarikat
II. Nama produk
III. Kuantiti / berat/ saiz pek
IV. No.batch/ lot
V. Tarikh pengeluaran
VI. Tarikh luput 

Maklumat Pengedar/ Penjual
I. Nama dan alamat
II. Kuantiti produk yang diambil
III. No.batch/ lot
IV. Tarikh diambil
V. Kaedah pengangkutan yang digunakan

Maklumat Pembekal Bahan Mentah
I. Nama dan alamat
II. Kuantiti produk yang diambil
III. No.batch/ lot
IV. Tarikh diambil
V. Kaedah pengangkutan yang digunakan 

Maklumat Kawalan Proses
a. Parameter proses yang dikawal
b. Carta alir proses

Maklumat Pengedaran / Penyimpanan
a. Keadaan penyimpanan
b. Tahap kebersihan

  • APAKAH BUKTI YANG PERLU SYARIKAT SEDIAKAN PADA SETIAP PERINGKAT JIKA BERLAKU SESUATU MASALAH PADA PRODUK YANG DIHASILKAN?





  • VERIFIKASI KEBOLEHKESANAN

Pegawai bertanggungjawab akan menjalankan verifikasi ke atas Sistem Kebolehkesanan Makanan (SKM) sekurang-kurangnya setahun sekali dengan  menjalankan tindakan pra-ujian atau mock test ke atas sistem bagi memastikan SKM berjalan dengan sempurna.

  • REKOD VERIFIKASI
    •  Rekod Maklumat Pengedar 
    • Rekod Maklumat Penjual
    • Senarai Semak Punca Masalah Di Kilang
    • Rekod Maklumat Pembekal Bahan Mentah








Pengusaha produk makanan  atau kosmetik perlu memastikan yang perkara-perkara dalam senarai semak bagi tindakan 1 hingga 4 boleh diisi iaitu ada maklumat di kilang. Sekiranya terdapat kekurangan maklumat atau tiada maklumat yang diperlukan, pengusaha makanan atau kosmetik  perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dan bagi memastikan sistem kebolehkesanan dilaksanakan, pengusaha makanan perlu menyediakan dokumentasi yang lebih sistematik.

Jika telah berpuas hati dengan semua kriteria dalam aliran proses, manual Sistem Jaminan Halal kini bersedia untuk diluluskan dan digunakan dalam organisasi. Pemantauan berkala serta penilaian oleh pihak pengurusan adalah penting untuk menjamin keutuhan sistem SJH sedang dilaksanakan.












Saturday, 16 January 2021

PERBEZAAN ANTARA LANGKAH KAWALAN ( CONTROL MEASURE ) DAN TINDAKAN PEMBETULAN (CORRETIVE ACTION )

                           


Nama : Siti Nirainna Afzan Binti Zulkefli
Kelas : Dpih 4A
No. Matriks : DPH201924367 

KAWALAN BAHAN MENTAH (MERANGKUMI PEMBELIAN, PENERIMAAN DAN PENYIMPANAN)

  NAMA: FATIN NURUL HIDAYAH BINTI ISNAINI RAMDZAN NO. MATRIKS: DPH201924522 KELAS: DPIH 4A Pihak syarikat atau pemohon hendaklah mewujudkan ...